FAQ (BI)

 

FREQUENTLY ASKED QUESTION :

 

1.             Apakah kategori pendaftaran yang diwajibkan oleh Pendaftar Francais?

 

 

Terdapat 3 kategori pendaftaran iaitu :

 

�         Pendaftaran bagi Francaisor Tempatan atau Francaisi Induk di bawah Seksyen 6 Akta Francais 1998

 

�         Pendaftaran Francaisor Asing di bawah Seksyen 54 Akta Francais 1998

 

�         Pendaftaran Francaisi kepada Francaisor Asing di bawah Seksyen 55 Akta Francais 1998

 

 

2.             Saya merupakan usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan lebih daripada 3 tahun dan ingin memulakan francais. Apakah jenis pendaftaran yang wajar saya mohon dan bagaimanakah cara-caranya?

 

 

Bagi perniagaan tempatan yang ingin difrancaiskan, anda perlu berdaftar di bawah Seksyen 6(a) iaitu Permohonan Pendaftaran Francaisor Tempatan. Anda boleh memohon melalui Sistem Pendaftaran MyFEX (www.myfex.gov.my) dan memilih permohonan Seksyen 6(a). Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah syarikat anda berstatus sendiri berhad, mempunyai akaun teraudit selama tiga(3) tahun berturut-turut dan mempunyai sekurang-kurangnya satu outlet yang mencatatkan keuntungan.

 

 

3.             Adakah pemohon perlu membayar apa-apa jenis yuran untuk membuat permohonan pendaftaran?

 

 

Ya, semasa memohon, pemohon perlu membuat pembayaran yuran proses sebanyak RM50.00. Sekiranya, permohonan berjaya pemohon perlu membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM1,000.

 

 

4.             Bagaimana bayaran boleh dibuat melalui sistem MyFEX?

 

 

Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit atau transaksi perbankan internet.

 

 

5.             Berapa lama tempoh pemprosesan pendaftaran?

 

 

Tempoh proses permohonan adalah selama 7 hari daripada tarikh dokumen disahkan lengkap.

 

 

6.             Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status permohonan pendaftaran saya melalui MyFEX?

 

 

Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui e-status yang terdapat di dalam dashboard MyFEX pemohon

 

 

7.             Bagaimanakah caranya untuk pemohon memberikan maklum balas bagi permohonan yang dikuiri?

 

 

Permohonan yang dikuiri akan dimaklumkan melalui emel pemohon. Sekiranya, pemohon tidak bersetuju dengan kuiri yang dinyatakan, pemohon perlu menghubungi pegawai proses masing-masing. Untuk menghubungi pegawai proses masing-masing, pemohon boleh menelefon ke talian 03-8882 6562 atau emel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

 

8.             Bagaimanakah sekiranya saya tidak mempunyai akaun teraudit tiga tahun berturut-turut?

 

 

Pemohon boleh memohon pengecualian dengan menekan butang pengecualian di dalam borang permohonan. Permohonan pengecualian hendaklah disertakan dengan justifikasi yang kukuh.

 

 

9.             Bagaimanakah caranya sekiranya bayaran untuk maklumat SSM telah dibuat tetapi maklumat SSM tidak dimasukkan ke dalam sistem MyFEX?

 

 

Pemohon perlu menghubungi talian helpline MyFEX dalam tempoh 24 jam bagi memudahkan pasukan teknikal menghantar maklumat tersebut dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, talian bantuan masih boleh dihubungi selepas tempoh 24 jam tetapi pasukan teknikal mengambil masa untuk menyelesaikan keadaan berkenaan.

 

 

10.         Bagaimanakah caranya sekiranya bayaran yuran telah dibuat tetapi resit tidak dikeluarkan?

 

 

Pemohon perlu menghubungi talian helpline 03-8882 6562.

 

 

11.         Bagaimanakah caranya sekiranya pemohon ingin mengubah lokasi lawatan outlet?

 

 

Pemohon perlu menghubungi talian helpline 03-8882 6562 atau emel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it